>

Sertai Kami

Untuk menjadi Ejen Dropship, anda perlu memahami Terma & Syarat (Menu Terma & Syarat) yang telah ditetapkan kemudian and perlu mengisi Borang Dropship (Menu Sertai Kami) untuk log masuk ke laman ejen.

Sekiranya anda telah mendaftar sebagai Ejen Dropship dan telah mendapat Kata Laluan, sila log masuk dengan mengisi maklumat anda di bawah.

Terma & Syarat

Kelayakan:

1. Wajib mendaftarkan diri sebagai Ejen Dropship yang tertakluk di bawah terma & syarat.
2. Jualan Bulanan ialah sekurang-kurangnya 20 unit TaraCocoa.
2. Pengiraan Jualan Bulanan akan dibuat pada setiap tarikh terakhir pada setiap bulan.

Contoh:
Ejen Dropship A;
  • Menjual 20 unit atau lebih TaraCocoa dalam tempoh 1/1/2017 hingga 31/1/2017
  • Menjual 20 unit atau lebih TaraCocoa dalam tempoh 1/2/2017 hingga 28/2/2017
  • Menjual 20 unit atau lebih TaraCocoa dalam tempoh 1/3/2017 hingga 31/3/2017
Dengan memastikan Jualan Bulanan 20 unit dan ke atas, Ejen Dropship A telah melayakkan diri untuk dipilih sebagai pemenang.

Pemilihan Pemenang:

Sekumpulan Ejen Dropship yang telah melayakkan diri akan dipilih berdasarkan faktor-faktor di bawah;

  • Jumlah Keseluruhan Jualan tertinggi selama tiga (3) bulan (Contoh: Januari, Februari & Mac).
  • Sekiranya berlaku jumlah jualan tertinggi yang SAMA, pemilihan akan dibuat berdasarkan Ejen Dropship mana yang telah melayakkan diri terlebih dahulu untuk bulan yang ketiga. (Contoh: Ejen A telah melengkapkan jualan 20 unit pada 15/3/2017 tetapi Ejen B hanya berjaya melengkapkan jualan 20 unit pada 20/3/2017. Jadi Ejen A akan dipilih sebagai pemenang)
  • Sekiranya tarikh juga SAMA, masa pembelian akan diambil kira (Jam:Minit:Saat)
  • Sekiranya masih lagi SAMA, faktor "senioriti" akan diambil kira iaitu Ejen Dropship yang lebih awal mendaftar akan dipilih.
Pemilihan Tempat Melancong:

  • Adalah menjadi HAK MUTLAK Tararata Ventures untuk memilih Destinasi Pelancongan (Luar Negara) sebagai hadiah kepada pemenang.
  • Pengumuman tentang destinasi akan diumumkan di laman web & media sosial rasmi SAHAJA.
  • Hadiah tidak boleh ditukar dengan Wang Tunai.
  • Tempoh Sah Laku hadiah hanya 6 bulan.
  • Hadiah merupakan pakej pelancongan yang dibeli daripada ajensi pelancongan dan pemenang tertakluk kepada terma & syarat pakej tersebut.
  • Hadiah hanyalah untuk SEORANG SAHAJA.
Tararata Ventures berhak pada bila-bila masa untuk membuat perubahan atau penambahan terma & syarat tanpa perlu memberitahu kepada Ejen Dropship. Oleh yang demikian, Ejen Dropship dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan sebarang perubahan.

DAFTAR SEBAGAI EJEN DROPSHIP SEKARANG!!
© 2017 Tararata Ventures. All Rights Reserved. Designed By Shafizal.