>

Selamat Datang Ke Blog Kami

Thursday, 09 March 2017 13:57

Kolagen & Kulit

Written by

Lebih kurang 30% daripada protin di dalam badan kita dihasilkan oleh kolagen, di mana ianya menyokong struktur kulit, membuatkan kulit kita anjal dan kuat dan memelihara proses penuaan.

Kajian pakar-pakar menunjukkan bahawa kita perlu mengambil sekurang-kurangnya 7000mg pada setiap hidangan untuk melihat hasil yang memberangsangkan. Kandungan kolagen di dalam TaraCocoa ialah 25,000mg untuk setiap 200ml hidangan. Ini merupakan kandungan yang paling optimum jika dibandingkan dengan produk-produk lain.

 

Monday, 06 March 2017 13:56

Kolagen Peptida Baik Untuk Penghadaman

Written by

Tidak seperti kolagen lain, Kolagen Peptida senang diserap oleh badan kita dan sangat baik di dalam meningkatkan pengambilan protin. Campuran Kolagen Peptida di dalam minuman kita akan menghasilkan pertambahan 18gm protin yang baik. Pengambilan Kolagen Peptida pada awal pagi, contohnya semasa sarapan, akan menyebabkan kita rasa 40% lebih kenyang berbanding daripada pengambilan makanan tambahan protin yang lain seterusnya menyebabkan kita men gambil makanan yang sedikit pada waktu seterusnya pada hari itu.

Wednesday, 01 March 2017 16:05

Kecantikan Adalah Subjektif

Written by

Tidak ada makhluk yang dicipta oleh Allah itu dengan kejadian yang buruk dan tidak mempunyai fungsi tersendiri. Manusia dicipta untuk menjadi khalifah di dunia dan semestinya ia diciptakan dengan kesempurnaan dan kecantikan yang tersendiri.

Keadilan Allah itu tiada bandingannya. Sebagai contoh terbaik untuk artikel ini, Allah menjadikan setiap manusia dengan definisi kecantikan yang tersendiri dan berbeza-beza supaya setiap manusia itu akan dipandang cantik oleh nanusia lain secara subjektif.

Walaupun kecantikan tu dipandang berbeza-beza, jangan pula TAK BUAT sesuatu untuk sentiasa nampak cantik, paling tidak pun untuk diri sendiri.. atau pada yang dah kawen tu.. buatlah untuk pasangan.. 

Wednesday, 01 March 2017 13:10

Adakah anda sama?

Written by

Mungkin anda yang berpenampilan segak/cantik bergaya penuh keyakinan di dalam public transport nak gi kerja.. Mana tidaknya, kasut yang kat kaki tu baru je malam tadi personal shopper bawak balik dari London.. Jimicu dow!

TAPI jauh disudut hati sentiasa risau kalau2 klien nak jumpa kat tempat yang perlu bukak kasut.. Atau risau kot klien ajak bersukan.. Main bowling ke.. Badminton ke.. Zumba ke.. Atau mungkin takut kawan2 ajak gi makan ketam, kerang atau apa2 je lah makanan yang keras2..

kenapa risau?

kenapa takut?

kenapa ngeri?

Wednesday, 01 March 2017 11:55

Jerawat & Parut

Written by

Jerawat ialah ketumbuhan kecil yang biasa tumbuh pada badan kita terutama di muka. Ada enam (6) faktor utama yang menyebabkan jerawat tu tumbuh;

  1. Perubahan hormon
  2. Pemakanan
  3. Faktor ginetik
  4. Tekanan
  5. Bahan kosmetik
  6. Ubat-ubatan

Faktor-faktor di atas perlu diberi perhatian serius kerana ia bukan sahaja menumbuhkan jerawat, tetapi ianya mungkin akan meninggalka parut yang berkekalan di badan kita. Dan kita juga perlu ambil perhatian bahawa faktor-faktor tersebut boleh berkait antara satu sama lain. Sebagai contoh, parubahan hormon boleh menyebabkan tekanan dan tekanan akan menyebabkan kita mengambil ubat-ubatan kemudian dengan pengambilan ubat-ubatan tersebut pemakanan kita juga mungkin akan berubah, jadi berhati-hatilah dengan satu faktor kerana ia akan menimbulkan faktor sampingan lain yang akan menyusahkan rawatan apa juga penyakit.

(A)     (B)

Tuesday, 28 February 2017 22:13

Khasiat TaraCocoa

Written by

Secara umumnya, berikut dinyatakan khasiat TaraCocoa terhasil daripada kandungan 5 ramuan utama yang mempunyai khasiat tersendiri. Di bawah ialah antara kebaikan-kebaikan setiap satu ramuan TaraCocoa secara ringkas. Kami akan mengulas secara terperinci di dalam artikel yang akan datang.

Khasiat Serbuk Koko

  • Membantu menurunkan tekanan darah & perkuat saluran darah
  • Anti Oksidan
  • Kesihatan Otak
  • Mengawal Kolestrol
  • Mengawal Diebetik & Glukos
  • Penyembuhan Luka

Khasiat Kolagen Peptida Ikan (Jenis 1) - Spesis Ikan Pengasius (Ikan Patin)

  • Anti Penuaan (Menganjalkan, Menegangkan, Mencerahkan, Mengecilkan Pori-pori, Melembabkan Kulit)
  • Pembentukan & Rawatan Otot dan Tulang
  • Penyembuhan Luka
  • Tingkatkan Pengambilan Protein
  • Keupayaan Melawan Bakteria
Tuesday, 28 February 2017 22:13

Kandungan TaraCocoa

Written by

Di dalam artikel terdahulu, ada dimaklumkan tentang 5 ramuan lengkap TaraCocoa. Ramuan yang dimaksudkan ialah;

  1. Serbuk Koko
  2. Kolagen Peptida Ikan (Jenis 1) daripada sumber Ikan Pengasius (PATIN)
  3. Ekstrak Susu Kambing
  4. Ekstrak Madu
  5. Vitamin C

Setiap ramuan tersebut mempunyai kebaikan yang tersendiri untuk membantu meningkatkan kesihatan Kulit, Otot Dan Tulang. Berikut ialah fakta Nutrisi yang terkandung di dalam TaraCocoa;_

  1. Tenaga 466kcal
  2. Karbohidrat 69.6g
  3. Protin 4.3g
  4. Lemak 18.9g
Tuesday, 28 February 2017 22:09

Pengenalan

Written by

Tararata Ventures atau lebih dikenali sebagai Tararata telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (002588941-K) untuk menjalankan perniagaan secara sah dan telus di Malaysia. Produk utama yang kami keluarkan ialah TaraCocoa iaitu produk Nutrisi Koko Kolagen yang diadun lengkap dengan 5 ramuan utama iaitu Serbuk Koko, Kolagen Peptida Ikan, Vitamin C, Ekstrak Susu Kambing dan Ekstrak Madu.

Apa yang dimaksudkan dengan Tararata?

Perkataan TARA yang dipilih adalah berasaskan nama yang diberikan kepada lelaki ataupun wanita yang membawa maksud BINTANG. Bintang selalunya digunakan bagi menggambarkan KEMASYURAN seseorang mahupun organisasi di dalam bidang yang diceburi. Oleh yang demikian, ianya amat bersesuaian dengan Visi dan Misi kami untuk membina produk bertaraf Bintang dan membentuk USAHAWAN bergelar Bintang di dalam industri KESIHATAN dan KECANTIKAN.

Komen Terkini

Log Masuk

© 2017 Tararata Ventures. All Rights Reserved. Designed By Shafizal.